Cendekiawan Islam gesa rapatkan hubungan mazhab
RIYADH 7 Jun - Para cendekiawan Islam yang bermesyuarat selama tiga hari sehingga semalam di Arab Saudi menyeru supaya dikurangkan ketegangan di kalangan umat Islam dan dialog digalakkan dengan penganut Kristian dan Yahudi.
Mesyuarat yang diadakan di Mekah bertujuan merapatkan jurang antara penganut mazhab Sunah dan Syiah sebelum kerajaan Arab Saudi melancarkan inisiatif bagi mengadakan rundingan dengan kepercayaan monoteistik lain.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan, para cendekiawan terbabit menekankan keperluan dialog antara agama bagi memberi "gambaran betul mengenai Islam" dan merapatkan hubungan "dengan mahzab lain dalam Islam yang akan membantu ke arah perpaduan negara."
Cendekiawan terbabit turut menggesa "dicapai penyelesaian masalah dan rasa tidak setuju di kalangan umat Islam dan penganut agama lain ... dan mencapai pemahaman antara peradaban."
Raja Abdullah dari Arab Saudi semasa pembukaan mesyuarat menggesa umat Islam mencapai kata sepakat sebelum memulakan dialog dengan penganut Kristian dan Yahudi.
Seorang ahli politik Iran berfahaman Syiah, Akbar Hashemi Rafsanjani yang menghadiri mesyuarat itu telah duduk di sebelah kiri Raja Abdullah bagi menunjukkan perpaduan antara mazhab.
- AP
Sunday, June 8, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)